BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

--------------------بِسْـــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم -----------------

Dunia Ibarat Air Hujan...

"Sesunggauhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit,lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman2 di bumi dari jenis2 yang di makan oleh manusia dan binatang.Keindahan yang berhias dan penduduk pun berjangka bahawa mereka mendapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya.Datanglah perintah kami menimpakannya dengan bencana pada wak2 malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur lebur,seolah-olah ia tdak ada sebelum ini

Solat...

Tujuan utama solat ialah untuk MENGINGATI ALLAH.Maksud Firman Allah :"Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku."(Surah Taha : 14) "Ingati Allah" yang dimaksudkan di sina adalah merasakan kehadiran Allah dalam diri- "Feeling of God in You"-sehingga menimbulkan rasa takut,kagum,malu,hina dan harap kepada Allah dalam Hati...

Mencari Hati...

"Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran.."
Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat..
Jika kau tidak temui,carilahhatimu ketika duduk tafakur mengingati mati..
Jika kau tidak temui juga,berdoalah kepada Allah, "Pinta Hati Yang Baru"

50 Mutiara Iman

50 Mutiara iman bermaksud 50 aqidah yang dipegang dan tersimpul dalam hati setiap mukmin supaya pegangan mentauhidkan Allah menjadi mantap dan tidak goyah. Ini digariskan oleh Imam Abu Hasan Al-Asyaa’ri dan Imam Abu Mansur Al-Mathuridi.. Kita akan membincangkan sedikit demi sedikit dgn seberapa yg ringkas dalam bentuk yang mudah.Ayuh :

~20 Sifat yang wajib bagi Allah
~20 Sifat yang mustahil bagi Allah
~1 Sifat yang harus bagi Allah
~4 Sifat yang wajib bagi Rasul
~4 Sifat yang mustahil bagi Rasul
~1 Sifat yang harus bagi Rasul

Islam...

-Islam itu benar...
-Islam itu agama yang benar...
-Solat itu cahaya...
-Solat itu tiang agama...
-Sedekah itu bukti...
-Sabar itu sinarnya...
-Al-Quran itu hujan untuk engkau...
-Al-Quran itu Petunjuk...

Pengorbanan Seorg Ibu...

Ibu.Semua hidupan mempunyai ibu. Tak kira sama ada manusia mahupun haiwan,semuanya mempunyai ibu.Ibulah yang menjaga keperluan kita, ibu yang melindungi kita dan ibulah yang membesarkan kita.ibu telah banyak bekorban demi anak-anaknya yang tercinta.

Antara pengorbanan ibu ialah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Bayangkan selama 9 bulan 10 hari ibu kita membawa kadungan ke mana sahaja beliau pergi tanpa rasa terbeban, menyesal dan sebagainya. Bayangkan, adakah kita mampu untuk melakukannya????? Cuba kita membawa benda atau beban yang sama beratnya dengan kandungan yang dibawa oleh si ibu. Contohnya kita menggalas batu bata...setiap batu bata mewakili satu bulan, jadi kita harus membawa 9 batu bata kemana sahaja kita pergi. Adakah kita mampu melakukannya???? Ana yakin jawapannya tidak, terutamanya bagi kaum Adam yg tidak akan merasa bagaimana mengandungkan kandungan selama 9 bulan 10 hari.

Ibu juga banyak bekorban untuk memastikan keselesaan dan keselamatan anaknya terjaga. Bagi mereka yang mempunyai adik yang masih bayi, perhatikan apa yang ibu anta semua lakukan terhadap adik anda. Ana juga telah melakukan perkara yang sama dan tenyata hati ana telah tersentuh dengan apa yang telah dilakukannya. Ibu ana sentiasa berda dekat dengan adik ana hanya untuk memastikan keselesaan dan keselamatan adik ana. Seekor nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap pada tubuh anaknya. Bahkan jika adik ana menangis di tengah malam, ibu ana bangun dikala orang lain sedang nyeyak dibuai mimpi. Sungguh besar pengorbanan ibu. Ibu tidak mengenal erti penat dan letih hanya untuk anaknya yang dikasihi.

Disini ana juga ingin berkongsi berdasarkan pengalaman ana sendiri. Sewaktu berumur 12 tahun, tangan ana telah patah. Ibu ana menjaga ana siang dan malam. Sewaktu ana dimasukkan ke wad kecemasan, ibu tidak dapat duduk diam. Beliau merasa resah dan takut. Beliau melakukan solat hajat, berdoa dan membaca Al-Quran bagi meringankan penderitaan yang ana alami dengan barakah ayat-ayat suci dengan keizinan Allah. Ana berada di wad berkenaan hanya untuk beberapa jam dan kira-kira jam 3 pagi, ayah ana meminta kebenaran doktor untuk membawa ana pulang kerana ibu ana amat risau akan keadaan ana. Selagi tidak dapat melihat keadaan ana, Ibu tidak mahu makan mahupun minum walaupun disuruh nenek. Hatinya tidak tenteram selagi tidak melihat keadaan anaknya.Semua ini ana ketahui daripada ayah dan adik ana. Setelah berada di rumah, ibu menjaga ana dengan penuh kasih sayang. Setiap sentuhannya seperti berkata "jangan risau, Along (nama timangan ana) akan sembuh". Inilah yang memberi kekuatan kepada ana untuk sembuh. Alhamdulillah selepas beberapa bulan ana sembuh sepenuhnya.

Ibu ana sekali lagi diuji oleh Allah apabila adik ana ditimpa kemalangan apabila adik ana dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang menunggang motosikal tahun lalu. Beliau dilanggar dari arah hadapan. Adik ana koma hampir 24 jam. Keadaannya agak teruk dan doktor mengesahkan ada pembentukan darah beku pada bahagian belakang kepala dan doktor menyatakan adik ana perlu dibedah dengan segera. Namun ibu ana tidak mebenarkannya kerana impak dan peratus kejayaan pembedahan amat tipis. Doktor berkata sekiranya beliau masih tidak sedarkan diri, pembedahan harus segera dilakukan. Ibu ana hanya mampu berdoa agar adik ana cepat sedar daripada koma dan pulih seperti sediakala.

Dengan berkat doa ibu yang beserta linangan air mata, maka Allah telah mengabulkan doa ibu. Adik ana sedar juga akhirnya dan doktor telah memberi pilihan lain selain pembedahan untuk membuang darah beku yang ada di dalam kepala adik ana. Dia dikehendaki memakan beberapa jenis ubat yang ana ingat hampir sepuluh biji harus dimakan setiap hari. Ibu ana kemudian diuji lagi apabila adik ana tiba-tiba menjadi pendiam dan tidak bercakap serta tidak mengenali beberapa orang ahli keluarga dan rakan-rakannya serta tidak boleh berjalan mahupun berdiri. Dia hanya memandang dan diam. Luluh hati ana dan berderai air mata ana setiap kali melihat air mata ibu ana bergenang apabila ibu melihat keadaan adik. Ana amat kagum dengan ketabahan ibu ana mengurus makan pakai adik ana yang terlantar diatas tilam. Sepanjang tempoh adik ana sakit, berat badan ibu ana menyusut kerana dia tidak lalu makan dan ibu tidak mampu melakukan kerja rumah yang berat kerana kekurangan tenaga. Dengan berkat doa ibu, akhirnya adik beransur-ansur sembuh dan kini setelah setahun peristiwa itu berlaku, adik ana telah pulih sepenuhnya. Semuanya dengan berkat doa dan pengorbanan seorang ibu.

Kesimpulannya, hargailah ibu anda selagi mereka masih bernyawa kerana mereka telah banyak berkorban demi anda semua. Sayangilah mereka seperti mana mereka telah menyayangi kita, dan inagtlah seorang ibu mampu menjaga dan membesarkan 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.